Pengalaman Pemilihan Pegawai Kadet Graduan ATM 2020
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud,
dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.”
Bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kita dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Entri permulaan ini saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa mengikuti pemilihan Pegawai Kadet Graduan ATM 2020.
Apply dalam bulan 8 2019, dipanggil interview awal Februari 2020. Persiapan agak kalut sedikit sebab sehari sebelum saya mula bekerja sebagai Asst. Manager sebuah Restoran di Seremban, saya terima email dari CTK yang saya diberi tawaran untuk pergi ke IV calon GO di KTU, Alor Setar. Jadi persiapan saya kebanyakannya dilakukan di Seremban (Xray, cuci gigi, cuci telinga, jogging tengah malam selepas balik kerja setiap hari). Permulaannya agak sukar bagi saya sebab cuma mampu habiskan 1km hampir 30 minit. (sekarang 30 minit dah boleh 5km. hehe).
Hari pertama di KTU, dalam jam 0700 saya sampai di KTU. Perasaan cuak, rendah diri, sakit perut semua ada sebab. Depa semua tinggi, fit,badan nampak kemas. Saya pulak sebelum ni overweight jgk la.(sekarang dah sado. kot)
Semua calon berkumpul dalam barisan di bahagian padang kawad tak silap saya, dan parents disediakan ruang menunggu di hadapan kami. Time ni parents pakat ambil gambar, video anak-anak untuk kenangan. Selepas taklimat ringkas, semua calon GO dikehendaki bawa barang-barang untuk sepanjang 5 hari interview kami disini. Calon tak dibenarkan untuk berjumpa dengan parent. Once hg dh nk masuk tentera kan, kena ready yang tentera ni tegas dan sangat berdisiplin.
Saringan permulaan adalah dokumentasi calon. Total hadir 97 orang, ada yang dihantar pulang atas alasan dokumen tak lengkap. Selepas dokumen lengkap, kami diberi nombor badan
Saringan kedua adalah medical checkup. Kat sini paling ramai sangkut, ramai kena balik. Antara yang diperiksa adalah blood pressure, BMI, urine test, colour blind test, rabun, telinga, gigi. Sebelum full body check up, kami kena buat warming up dalam 10 min. disebabkan cuak, 10 min tu 10 min paling penat pernah rasa. Lepas tu check flat foot, kena rendam kaki dalam air dan tempek atas simen depa nak tgok kaki kita flat ka tak. Then ni adalah masa yang korang kena tahan atau buang malu sebab kena buang semua pakaian. Masuk sekali 6 orang. Depa check tangan bengkok atau tak. penyakit kulit, buasir dan parut badan. Parut sikit2 takpa, jangan ketara sangat. Lepas saringan kedua ni, kami tinggal 48 orang tak silap. Kalau pass medical checkup, means pass untuk stay selama 5 hari. test2 lain tu hanya akan dimerit markah ja.
Malam tu kami ada ujian pengetahuan am yang terdiri daripada 4 bahagian (sejarah malaysia, dunia, tentera, sukan). Tak prepare mmg hentam la cerita nya. hahaha. Then ada ujian kecerdasan akal (IQ+ math). kami tak dibenarkan conteng kertas, calculator siapa tak bawak memang kena conteng kat tangan la nak kira2. Then balik rehat tido. Makanan dan penginapan disediakan.
Keesokan hari (Ok dah lupa sebab kami cut hari, total jadi 4 hari). Saya cerita tak ikut hari la ye. Kami ad ujian profiling ATM di mana mcm soalan kaunseling, nak tengok personaliti kita macam mana, seorang yang suka mengarah, mengikut, kepimpinan dan sebagainya,
Then kami bahagi ikut kumpulan, buat pengucapan awam. Setiap sorang akan diberi random topic, then present selama 3 minit. Ujian kepimpinan untuk sessi 2020 pulak tak sama macam dulu, kami kena buat meeting, di mana ada pengerusi majlis, setiausaha, bendahari, ajk aktiviti dan sebagainya. pegawai akan menilai cara kepimpinan kita dalam perbincangan tu.
Keesokannya, hari ke-3, kena ujian fizikal. memang ketaq habis dah. Tobat aih ketaq tak tau nak habaq. First buat warming up, then pegawai lepas untuk lari 2.4km under 12 minit. Paling laju time tu dapat buat 9min 40 saat. Memang power la. Saya mampu 11 min 48 saat. Lepas semua dah habis lari dan rehat ambil nafas dan minum seteguk dua, kena buat push up minimum 40 kali dalam 2 min dan sama juga dengan sit-up min 40 kali dalam 2 min Pegawai akan suruh 5-7 calon push up serentak dan setiap seorang akan ada pegawai yang check push up form betul atau tak. Tak payah nak kira kita push up berapa, pegawai yang akan kira. Saya dapat buat 43 kali untuk push up dan 54 kali untuk seat up. Memang cramp perut and lenguh tangan masa tu. Last sekali kena lompat jauh berdiri sejauh 2.2meter sebanyak 3 kali percubaan. Saya hanya berjaya setelah 2 kali percubaan.
Malam tu kami ada ujian merancang, ujian merancang ni kena baca soalan betul2 dan jangan fikir banyak. Fikir panjang nanti habis lah salah semua. Sebab nak jadi tentera kena buat keputusan dengan cepat dan tangkas, fikir lama2 nanti kalau dalam perang elok semua pakat mati dah. haha.
Then kami ad raptai untuk temuduga 3 lembaga, Darat, Udara, Laut. kami dibahagikan kepada 9 group dan setiap group ad 5-6 org cmtu.Sebelum tu, kami kena pilih perkhidmatan mana yang kami nak, darat, udara atau laut. Boleh pilih tiga dan pilih ikut minat pilihan pertama, kedua dan ketiga. Oh terlupa, ada sorang tarik diri last minute. so kami jadi 47 orang untuk calon bahagian utara sahaja. Kumpulan dibahagikan ikut CGPA masa graduate dulu. Pegawai akan bagi skema cara mejawab untuk perkenalkan diri. Orang pertama yang masuk pintu akan greet "Goodmorning Sir, Permission to enter Sir, Thank you Sir". Then bila dah sampai depan Pegawai. Calon yang berada di tengah akan bercakap. (Saya calon yang berada di tengah). Goodmorning Sir, we are candidate of Graduate Officer and bla3. Prepare jawapan why u choose perkhidmatan tu and pepandai la goreng. Passion kena ada.
So, esok pagi tu adalah interview 3 lembaga. habis ja interview tu, sesi bergambar beramai2 dan makan tghri sblum bersurai.
Result asalnya awal bulan 5, kemasukan bulan 6, tapi disebabkan covid-19 dan pkp, tangguh ke bulan 7 dan kemasukan bulan 8, tangguh lagi harapnya yang terakhir, awal bulan 8 result, dan kemasukan bulan 9. Semoga calon2 GO yang berusaha berjaya memasuki tentera. Aaamiin Ya Rabbal A'lamin.
Akhir kata, sama2 kita doakan wabak covid-19 ni segera diangkat oleh Allah dan yang baik daripada Allah dan buruk disandarkan kepada saya.
Assalamualaikum w.b.t
Comments
Post a Comment